Tuesday, October 25, 2011

Matematik oh matematik!


Sejak dari dulu matematik dianggap sebagai satu matapelajaran yang sangat susah selain dari matapelajaran Bahasa Inggeris. Matematik bukan hanya melibatkan pengiraan nombor melibatkan operasi tambah,tolak, darab dan bahagi tetapi juga melibatkan rumus-rumus tertentu yang perlu diketahui untuk memperoleh jawapan. Masalah utama murid kita ialah menghafal sifir dan rumus-rumus penting. Apabila telah ditetapkan dalam pemikiran mereka bahawa 'Matematik itu susah' maka mereka tidak dapat meneroka betapa matematik itu sangat menyeronokkan dan mudah.
Matapelajaran Matematik telah melalui beberapa proses perubahan dalam sukatan melibatkan KBSR dan yang terbaru KSSR. Blog ini akan mengupas aspek yang ditekankan dalam KSSR Matematik Tahun 1 untuk pengetahuan kita bersama. Jadi, apa tunggu lagi? JOM BELAJAR MATEMATIK!

No comments:

Post a Comment