Lagu 'Twinkle Twinkle Little Star' hanya dapat di dengar jika cikgu2 download slide ini.
Saturday, December 10, 2011
Wednesday, December 7, 2011
Monday, December 5, 2011
Permainan - Masa dan Waktu
Permainan ini tidak salah untuk dicuba oleh murid-murod tahun 1 terutama sebagai aktiviti pengayaan dan untuk murid yang cemerlang. Apa pun tahap kecerdasan anak murid kita kadang kala di luar jangkaan. Jom cuba..
Menyatakan waktu dalam jam pada muka jam
Video yang dihasilkan untuk tajuk Menyatakan waktu dalam jam pada muka jam (ms 89). Cikgu-cikgu bolehlah bersoal jawab dengan murid mengikut langkah yang ada dalam buku panduan (ms 89)
Menamakan bulan dalam setahun
Video ini sesuai untuk topik Menamakan bulan dalam setahun mengikut urutan (ms 86). Oleh kerana video ini dalam Bahasa Inggeris, bolehlah digunakan dalam aktiviti pengukuhan.
Menamakan hari dalam seminggu
Video ini sesuai untuk tajuk Menamakan hari dalam seminggu mengikut urutan (ms84). Oleh kerana video ini dalam Bahasa Inggeris, bolehlah digunakan sebagai aktiviti pengukuhan.
sumber: you tube
Menyatakan bahagian-bahagian hari dengan betul
Slide untuk tajuk : Menyatakan bahagian-bahagian hari dengan betul (ms 81)
Sesuai digunakan dalam langkah 1
Sesuai digunakan dalam langkah 1
Tuesday, October 25, 2011
Matematik oh matematik!
Sejak dari dulu matematik dianggap sebagai satu matapelajaran yang sangat susah selain dari matapelajaran Bahasa Inggeris. Matematik bukan hanya melibatkan pengiraan nombor melibatkan operasi tambah,tolak, darab dan bahagi tetapi juga melibatkan rumus-rumus tertentu yang perlu diketahui untuk memperoleh jawapan. Masalah utama murid kita ialah menghafal sifir dan rumus-rumus penting. Apabila telah ditetapkan dalam pemikiran mereka bahawa 'Matematik itu susah' maka mereka tidak dapat meneroka betapa matematik itu sangat menyeronokkan dan mudah.
Matapelajaran Matematik telah melalui beberapa proses perubahan dalam sukatan melibatkan KBSR dan yang terbaru KSSR. Blog ini akan mengupas aspek yang ditekankan dalam KSSR Matematik Tahun 1 untuk pengetahuan kita bersama. Jadi, apa tunggu lagi? JOM BELAJAR MATEMATIK!
Subscribe to:
Posts (Atom)